PROGRAM PUBLISITI DAN PENYERTAAN AWAM
KAJIAN RANCANGAN TEMPATAN ISKANDAR PUTERI 2035
23 OKTOBER 2025 (KHAMIS) – 21 NOVEMBER 2025 (JUMAAT)
Draf Rancangan Tempatan Iskandar Puteri 2035 (RTIP 2035) telah disediakan berdasarkan kepada Subseksyen 12(3), Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172). Draf RTIP 2035 telah disediakan oleh Pejabat Projek Zon Selatan (PPZS) dengan kerjasama Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) dan Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Johor (PLANMalaysia Johor) melalui perunding yang dilantik iaitu Tetuan HMH Planning Consultant Sdn. Bhd.
Draf RTIP 2035 merupakan dokumen perancangan berkanun yang menggariskan dasar dan strategi pembangunan bagi menjadikan Iskandar Puteri sebagai Bandaraya Mampan, Pintar dan Sejahtera.
Selaras dengan peruntukan di bawah Seksyen 13, Akta 172, Program Publisiti dan Penyertaan Awam perlu diadakan bagi memberi peluang kepada orang awam serta pihak berkepentingan untuk turut serta di dalam perancangan Draf RTIP 2035 sebelum diluluskan bagi tujuan pewartaan dan diterima pakai oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
Program Publisiti dan Penyertaan Awam Draf RTIP 2035 akan diadakan bermula pada 21 Oktober 2025 sehingga 23 November 2025. Semua pihak dijemput untuk mengemukakan idea, pendapat, cadangan atau bantahan kepada urus setia sepertimana yang dinyatakan di dalam Borang Maklum Balas Awam sebelum atau pada 28 November 2025 (Jumaat)
Selain daripada platform Portal ePublisiti 2.0 PLANMalaysia, dokumen ini juga boleh disemak seperti berikut:
1. Semakan Dokumen Secara FIzikal:
2. Semakan Dokumen Secara Atas Talian:
Muat turun dari pautan disediakan PPZS https://drive.google.com/drive/folders/1ishd8hJQ3SsWM0KWnKMGvevXJANh7Rpp?usp=sharing
Tuan/Puan juga boleh memuat turun Bahan-Bahan Publisiti dan Borang Maklum Balas Awam melalui pautan berikut:
#RTIP2035
Kemaskini pada 2025-10-24 10:22:48 daripada Marlina binti Abu Bakar

