PUTRAJAYA, 15 Ogos 2024 - Mesyuarat Majlis Perancang Fizikal Negara Ke-45 (Bil. 2/2024) yang telah dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri di Dewan Persidangan ICU, Jabatan Perdana Menteri Putrajaya.Dalam mesyuarat ini, sebanyak tujuh (7) kertas kerja telah dibentangkan, antaranya Mekanisme Kawalan Aktiviti Perlombongan Unsur Nadir Bumi, Penyelarasan Aktiviti Perancangan Pembangunan di Sempadan Malaysia-Thailand dan Pembangunan Kemudahan Pelancar Angkasa di Malaysia.Mesyuarat turut dihadiri oleh YAB Timbalan Perdana Menteri 1, beberapa Menteri Persekutuan, YAB Premier Sarawak, Menteri Besar, Ketua Menteri serta Wakil.