Pekeliling ini bertujuan untuk memaklumkan semua jabatan dan agensi peringkat Persekutuan, Pihak Berkuasa Negeri (PBN), Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Bahagian di Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (PLANMalaysia) Ibu Pejabat, Pejabat Projek Zon dan PLANMalaysia Negeri di Negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang, Kelantan, Terengganu, Johor dan VVilayah Persekutuan serta semua agensi teknikal peringkat negeri dan pemegang taruh (stakeholders) berkaitan bagi menerima pakai Garis Panduan Perancangan Taman Kenderaan Rekreasi sebagai panduan seragam dan rujukan kepada PBN, PBT, agensi-agensi pelaksana, pemain industri dan orang awam yang terlibat dalam pembangunan kemudahan tapak dan taman kenderaan rekreasi di kawasan baharu atau di kawasan sedia ada.
Klik Disini untuk melihat Pekeliling Ketua Pengarah Perancangan Bandar Dan Desa (PLANMalaysia) Bilangan 5 Tahun 2024
Klik Disini untuk melihat Koleksi Dasar Pekeliling