ePublisiti 2.0

 
 

Bantahan Awam Kini Secara Atas Talian.

 
  PLANMalaysia sedang berusaha membangunkan penempatan yang mampan. Kami sangat mengalu-alukan sebarang pendapat dan komen anda bagi
meningkatkan kecekapan kami untuk membantu anda supaya dapat hidup dengan selesa dengan kemudahan yang sesuai dengan keperluan anda.
 

 

Elemen-Elemen Projek

     
  Elemen Inovatif dan Kreatif  
     
 
  • Menyediakan Borang Bantahan Awam secara atas talian (online).
  • Mempaparkan maklumat Program Publisiti seperti laporan, bahan pameran, video dan gambar berkaitan Rancangan Pemajuan.
  • Memudahkan pengguna untuk melihat serta memuat turun maklumat dengan cepat dan pantas menerusi penggunaan sistem aplikasi berasaskan web serta paparan ‘mobile’ kepada pengguna.
 
     
  Elemen Keberkesanan  
     
 
  • Bilangan orang awam yang terlibat dengan Program Publisiti dijangka meningkat selepas peningkatan ke atas jumlah pengunjung Portal dapat dilihat sebanyak 302% berbanding portal e-Publisiti sedia ada.
  • Peningkatan jumlah penghantaran Borang Bantahan Awam hanya akan dapat diligat setelah ujicuba ke atas portal dijalankan bagi kajian Rancangan Tempatan Daerah Muallim 2035, Perak yang dijangka diadakan pada bulan September 2018.
 
     
  Elemen Signifikasi  
     
 
  • Menyediakan sistem yang lebih dinamik, responsif dan mesra pengguna.
  • Perkhidmatan yang lebih menyeluruh tanpa perlu memuat turun sebarang aplikasi dan boleh diakses dengan mudah menggunakan internet melalui paparan desktop dan ‘mobile’.
  • Memberikan perkhidmatan yang lebih efisien, cekap dan pantas.
 
     
  Elemen Relevan  
     
 
  • Menyokong ke arah pembangunan Program Transformasi Kerajaan dengan meningkatkan tahap daya saing negara melalui saluran penyampaian perkhidmatan kerajaan yang cekap dan cepat.
  • Semakan ke atas Portal e-Publisiti 2.0 melalui soalselidik yang dijalankan menunjukkan portal ini mesra pengguna
 

 


Kemaskini pada 2022-11-07 15:52:20 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page

 
 
 
Bahasa | English

 

 
 

Sebarang pendapat dan bantahan mengenai rancangan pemajuan, hendaklah melalui Borang Bantahan Awam dalam tempoh publisiti