ePublisiti 2.0

 
 

Bantahan Awam Kini Secara Atas Talian.

 
  PLANMalaysia sedang berusaha membangunkan penempatan yang mampan. Kami sangat mengalu-alukan sebarang pendapat dan komen anda bagi
meningkatkan kecekapan kami untuk membantu anda supaya dapat hidup dengan selesa dengan kemudahan yang sesuai dengan keperluan anda.
 

 

Rancangan Pemajuan

     
 

Suatu dokumen rasmi yang mentafsir dasar-dasar dan cadangan-cadangan umum yang terkandung di dalam rancangan struktur kepada bentuk fizikal yang lebih terperinci dan praktikal.

RANCANGAN FIZIKAL NEGARA

Akta Perancangan Bandar dan Desa, 1976 (Akta 172) merupakan asas perundangan di dalam penyediaan Rancangan Fizikal Negara. Bagi memastikan kesesuaian dan perubahan dengan keperluan semasa, Sub-Seksyen 6B (4) Akta 172 menetapkan keperluan RFN untuk dikaji semula setiap lima tahun selaras dengan Kajian Semula Rancangan Malaysia Lima Tahun, atau apabila diarahkan oleh Majlis Perancang Fizikal Negara (MPFN).

RFN Ke-3 mengambil pendekatan tidak membentuk dasar-dasar perancangan spatial baharu, setelah 10 tahun pelaksanaan RFN yang melalui dua (2) kali proses kajian semula. Sebaliknya, dasar-dasar sedia ada diperkemas dan diperincikan dalam bentuk hala tuju strategik dan strategi serta tindakan pelaksanaan bagi memantapkan pelaksanaan dasar-dasar sedia ada. Di samping itu, dasar-dasar sektoral dalam pelbagai aspek seperti ekonomi, alam sekitar dan sosial turut diterapkan dalam cadangan hala tuju strategik RFN Ke-3.

Penekanan hubung kait aspek ekonomi, sosial dan alam sekitar sebagai komponen utama pembangunan mampan dalam satu ekosistem yang lengkap memperlihatkan fokus RFN Ke-3 kepada tiga (3) teras utama iaitu Pertumbuhan Dinamik Bandar dan Luar Bandar, Kemampanan Spatial dan Daya Tahan Terhadap Perubahan Iklim dan Pembangunan Komuniti Inklusif dan Berdaya Huni.

Sehubungan dengan itu, RFN Ke-3 menekankan kepada pembangunan dan perancangan yang mampan sebagai prinsip utama dalam mencapai sebuah negara yang berdaya tahan dan berdaya huni pada tahun 2040. Perancangan fizikal dan spatial akan menjurus kepada keterangkuman fokus utama iaitu Pertumbuhan (Growth), DayaTahan (Resiliency), Daya Huni (Liveability) dan Kemampanan (Sustainability).

MATLAMAT
Membentuk Negara yang Berdaya Tahan dan Berdaya Huni

Mengandungi 3 (tiga) teras dan mempunyai hala tuju-hala tuju strategik seperti berikut:-

Teras 1 (PD) : Pertumbuhan Dinamik Bandar dan Luar Bandar
PD 1 – Pertumbuhan Bandar yang Seimbang
PD 2 – Pembangunan Luar Bandar yang Bersepadu
PD 3 – Hubungan dan Akses yang Dipertingkatkan

Teras 2 (KD) : Kemampanan Spatial dan Daya Tahan terhadap Perubahan Iklim
KD 1 – Pengurusan Mampan Sumber Asli, Sumber Makanan dan Sumber Warisan
KD 2 – Perancangan Guna Tanah Holistik
KD 3 – Bandar Rendah Karbon dan Infrastruktur Mampan

Teras 3 (KI) : Pembentukan Komuniti Inklusif dan Berdaya Huni
KI 1 – Persekitaran Kehidupan Lengkap dan Berkualiti
KI 2 – Persekitaran Komuniti Berdaya Huni
KI 3 – Keterlibatan dan Kolaborasi Komuniti

 
     

 


Kemaskini pada 2022-12-21 16:50:32 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page

 
 
 
Bahasa | English

 

 
 

Sebarang pendapat dan bantahan mengenai rancangan pemajuan, hendaklah melalui Borang Bantahan Awam dalam tempoh publisiti