PROGRAM PUBLISITI DAN PENYERTAAN AWAM
DRAF RANCANGAN TEMPATAN DAERAH REMBAU NEGERI SEMBILAN 2035 (PENGGANTIAN)
01 OGOS 2025 – 29 OGOS 2025
Rancangan Tempatan Daerah Rembau Negeri Sembilan 2035 (Penggantian) telah disediakan berdasarkan kepada Subseksyen 16(3), Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172) oleh Pejabat Projek Zon Selatan (PPZS) dengan kerjasama Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Sembilan (PLANMalaysia Negeri Sembilan) dan Majlis Daerah Rembau (MDR) melalui perunding yang dilantik iaitu Tetuan Arah Rancang Sdn. Bhd.
Draf Rancangan Tempatan Daerah Rembau Negeri Sembilan 2035 (Penggantian) merupakan dokumen perancangan berkanun yang menggariskan dasar dan strategi pembangunan bagi memperkasakan Rembau sebagai Daerah Agropolis dan pelancongan disokong dengan pertanian berdaya maju, peningkatan kualiti hidup serta pengurusan sumberjaya semulajadi secara mampan.
Selaras dengan peruntukan di bawah Seksyen 13, Akta 172, Program Publisiti dan Penyertaan Awam perlu diadakan bagi memberi peluang kepada orang awam serta pihak berkepentingan untuk turut serta di dalam perancangan Draf Rancangan Tempatan Daerah Rembau Negeri Sembilan 2035 (Penggantian) sebelum diluluskan bagi tujuan pewartaan dan diterima pakai oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
Program Publisiti dan Penyertaan Awam Draf Rancangan Tempatan Daerah Rembau Negeri Sembilan 2035 (Penggantian) akan diadakan bermula pada 01 Ogos 2025 – 29 Ogos 2025. Semua pihak dijemput untuk mengemukakan idea, pendapat, cadangan atau bantahan kepada urus setia sepertimana yang dinyatakan di dalam Borang Maklum Balas Awam sebelum atau pada 29 Ogos 2025 (Jumaat).
Selain daripada platform Portal ePublisiti 2.0 PLANMalaysia, dokumen ini juga boleh disemak seperti berikut:
- Semakan Dokumen Secara FIzikal:
|
Lokasi Semakan |
1. |
Majlis Daerah Rembau |
|
|
|
Jalan Dato Lela Maharaja, |
||
|
|
71309 Rembau, Negeri Sembilan |
||
|
|
2. |
Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa |
|
|
|
|
Negeri Sembilan |
|
|
|
|
(PLANMalaysia Negeri Sembilan) |
|
|
|
|
Tingkat 3, Blok A, Wisma Negeri 70646 Seremban, Negeri Sembilan |
|
|
|
3. |
Pejabat Daerah dan Tanah Rembau, |
|
|
|
|
Kompleks Pentadbiran Daerah, |
|
|
|
|
71309 Rembau, Negeri Sembilan |
|
|
Hari dan Masa Semakan |
|
Isnin - Jumaat (8.30 pagi – 4.30 petang) |
|
|
Tarikh Semakan |
|
01 Ogos 2025 – 29 Ogos 2025 |
|
- Semakan Dokumen Secara Atas Talian:
|
1) |
Laman Web Majlis Daerah Rembau |
: |
mdr@mdr.gov.my |
|
BIL |
PERKARA |
DOKUMEN |
|
|
Laporan Draf Rancangan Tempatan Daerah Rembau Negeri Sembilan 2035 (Penggantian) |
|
|
Jilid I |
||
|
Jilid II |
||
|
Jilid III |
||
|
|
Ringkasan Eksekutif |
|
|
|
Borang Bantahan Awam |
|
|
|
Banner |
|
|
|
Bunting |
|
|
|
Digital back drop |
|
|
|
Panel pameran |
|
|
|
Pop-up Panel Guna tanah |
|
|
|
Pamplet Risalah |
|
|
|
Flip Folio |
|
|
|
Poster |
|
|
|
Laporan Ringkasan Eksekutif |
|
|
|
Muka depan Laporan |
|
Kemaskini pada 2025-08-12 16:50:49 daripada Nor Suhaida binti Hashim

