PROGRAM PUBLISITI DAN PENYERTAAN AWAM PERINGKAT LAPORAN DRAF RANCANGAN STRUKTUR BAGI KAJIAN RANCANGAN STRUKTUR NEGERI PERLIS 2040 (KAJIAN SEMULA)



Makluman:
Adalah dimaklumkan bahawa tempoh publisiti Draf Rancangan Struktur Negeri Perlis 2040 (Kajian Semula) dilanjutkan sehingga 18 Oktober 2025.


Draf Rancangan Struktur Negeri Perlis 2040 (Kajian Semula) merupakan dokumen perancangan statutori yang memandu dan mengawal pembangunan fizikal seluruh Negeri Perlis sehingga tahun 2040. Menurut Seksyen 8, Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 [Akta 172], RS didefinisikan sebagai suatu penyataan bertulis yang merumuskan dasar dan cadangan am berkenaan dengan pemajuan dan penggunaan tanah di dalam Negeri Perlis dan disokong oleh gambar rajah utama.

Pelaksanaan program publisiti dan penyertaan awam adalah selaras dengan peruntukan di bawah subseksyen 9(1), Akta Perancangan Bandar Dan Desa 1976 [Akta 172] di mana sebelum Draf Rancangan Struktur diluluskan untuk diterima pakai oleh Pihak Berkuasa Perancang Tempatan (PBPT), orang ramai diberi peluang untuk memberi cadangan dan mengemukakan bantahan.Program Publisiti dan Penyertaan Awam ini akan diadakan bermula 01 September 2025 sehingga 30 September 2025 bagi mendapatkan maklum balas daripada orang awam dan semua pihak berkepentingan terhadap Draf Rancangan Struktur Negeri Perlis 2040 (Kajian Semula).

Program Publisiti dan Penyertaan Awam Kajian Rancangan Struktur Negeri Perlis 2040 (Kajian Semula) ini akan diadakan di 3 lokasi tetap  dan 4 lokasi bergerak seperti berikut :-

 

Lokasi Tetap Tarikh : 01 September 2025 – 18 Oktober 2025

Hari dan Masa :
Isnin – Jumaat (9.30 pagi – 4.30 petang)

1. Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Perlis  (PLANMalaysia Perlis)

2. Bahagian Perancang Ekonomi Negeri Perlis (BPEN)

3. Lobi Majlis Perbandaran Kangar, Perlis (MPKPs)

 

Lokasi Bergerak

Hari dan Masa :
Ahad – Jumaat (10.00 pagi – 5.00 petang)

1. Stesen KTM Arau, Perlis  ( 01 – 07 September 2025 )

2. C-MART Arau, Perlis ( 08 – 14 September 2025 )

3. Gua Kelam, Perlis ( 15 – 21 September 2025 )

4. Giant, Kangar, Perlis ( 22 – 30 September 2025)

Semua pihak dijemput untuk membuat semakan terhadap dokumen Draf RSN Perlis 2040 (Kajian Semula) di lokasi pameran atau secara atas talian dan mengemukakan maklum balas, idea, pendapat, cadangan atau bantahan kepada urus setia sepertimana yang dinyatakan di dalam borang maklum balas awam sebelum atau pada 25 Oktober 2025 (Sabtu) melalui Portal ePublisiti 2.0 PLANMalaysia atau borang maklum balas yang boleh didapati di lokasi pameran tetap dan pameran bergerak.

 

Semakan secara atas talian juga boleh dibuat di laman sesawang berikut :-

1Laman Web PLANMalaysia (ePublisiti 2.0)

2. Laman Web PLANMalaysia Perlis 

3. Laman Web Majlis Perbandaran Kangar, Perlis 

 

Bahan Publisiti dan Borang Bantahan Kajian Rancangan Struktur Negeri Perlis 2040 (Kajian Semula) boleh didapati melalui pautan berikut :-

1. Dokumen  Draf Laporan RSN Perlis 2040 (kajian semula)

2. Ringkasan Eksekutif Draf RSN Perlis 2040 (kajian semula)

3. Banner

4. Streamer 

5. Panel 

6. Brochure

7. Borang Bantahan Awam

 

Sebarang pertanyaan boleh menghubungi dan diemailkan kepada:-

Pengarah 

PLANMalaysia Perlis

Aras 2, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Negeri Perlis

Persiaran Wawasan, 01000, Kangar

Perlis

No. Tel : 04-9708448

Email : rancamaju.perlis@gmail.com

 



Kemaskini pada 2025-10-01 11:42:20 daripada Marlina binti Abu Bakar

  •  
  • Print
  • Email this page