LAPORAN TINJAUAN RANCANGAN STRUKTUR NEGERI SEMBILAN 2040 (KAJIAN SEMULA)



Laporan Tinjauan dipamerkan kepada orang awam selama tempoh satu (1) bulan bermula dari tarikh notis akhbar disiarkan. Pengarah PLANMalaysia Negeri bertanggungjawab memberikan peluang kepada orang awam untuk mengemukakan sebarang representasi atau maklum balas dalam tempoh yang ditetapkan selaras dengan subseksyen 9(1), Akta 172

Penyediaan Laporan Publisiti dan Bantahan (LPB) akan dibuat selepas tamat tempoh publisiti Laporan Tinjauan. Penyediaan laporan ini penting bagi tujuan penambahbaikan Laporan Tinjauan dan seterusnya menjadi asas bagi membentuk dasar strategik pembangunan Negeri Sembilan di peringkat Rancangan Struktur.

Semua pihak dijemput untuk membuat semakan terhadap dokumen Laporan Tinjauan RSN Negeri Sembilan 2040 (Kajian Semula) di lokasi pameran atau secara atas talian dan mengemukakan maklum balas, idea, pendapat, cadangan atau bantahan kepada urus setia sepertimana yang dinyatakan di dalam borang maklum balas sebelum atau pada 30 November 2025 (Ahad) melalui Portal ePublisiti 2.0 PLANMalaysia atau borang maklum balas yang boleh didapati di lokasi pameran.
 

Program Publisiti dan Penyertaan Awam Laporan Tinjauan Rancangan Struktur Negeri Sembilan 2040 (Kajian Semula) ini akan diadakan di:-

 

1. Semakan Dokumen Secara FIzikal:
 

Lokasi Semakan

1.

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Negeri Sembilan (PLANMalaysia   Negeri Sembilan)

   

2.

Ruang Legar Majlis Bandaraya Seremban (MBS)

   

3.

Pejabat Tanah Daerah Negeri Sembilan dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Negeri Sembilan.

     

 Waktu Semakan:

 

 

 

Tarikh

31 Oktober 2025 – 28 November 2025 

(Hari Bekerja)

Hari dan Masa Semakan

Isnin – Khamis: 9.00 pagi – 1.00 petang &

 2.30 petang – 4.00 petang

 

Jumaat: 9.00 pagi – 12.30 tengah hari &

 2.45 petang – 4.00 petang

   
     

Semakan secara atas talian juga boleh dibuat bermula daripada 31 Oktober 30 hingga November 2025 seperti di laman sesawang berikut :-

1. Laman Web PLANMalaysia (ePublisiti 2.0)

2. Laman Web PLANMalaysia Negeri Sembilan 

 

Bahan Publisiti dan Borang Maklumbalas Kajian Rancangan Struktur Negeri Negeri Sembilan 2040 (Kajian Semula) boleh didapati melalui pautan berikut:-

Bil

Perkara

Dokumen

1.

Dokumen Laporan Tinjauan RSN Negeri Sembilan 2040 (kajian semula)

Muat turun

2.

Ringkasan Eksekutif Laporan Tinjauan RSN Negeri Sembilan 2040 (kajian semula)

Muat turun

3.

Bunting

Muat turun

4.

Banner Web

Muat turun

5.

Risalah

Muat turun

6.

Borang Maklum Balas

Muat turun

 

Sebarang pertanyaan boleh menghubungi dan diemailkan kepada:-

Pengarah 

PLANMalaysia Negeri Sembilan

Tingkat 3, Blok A, Wisma Negeri

70646 Seremban, Negeri Sembilan

06 765 9713

06-764 5622

Faks : 06-764 5622

E-mel: jpbdns@ns.gov.my

 


Kemaskini pada 2025-10-30 08:53:15 daripada Marlina binti Abu Bakar

  •  
  • Print
  • Email this page