DRAF RANCANGAN TEMPATAN MAJLIS DAERAH LIPIS, PAHANG 2035 (PENGGANTIAN)



DRAF RANCANGAN TEMPATAN MAJLIS DAERAH LIPIS, PAHANG 2035 (PENGGANTIAN)

Draf Rancangan Tempatan (RT) Majlis Daerah Lipis, Pahang 2035 (Penggantian) merupakan sebuah dokumen yang disediakan bagi menggantikan rancangan pemajuan terdahulu iaitu Rancangan Tempatan Daerah Lipis 2020 yang telah diwartakan pada 3 Januari 2013 melalui Warta Jilid. 66 No.1 dan telah tamat tempoh perancangannya.
 

Draf Rancangan Tempatan Majlis Daerah Lipis, Pahang 2035 (Penggantian) ini merangkumi :
 

Jilid I    : Strategi dan Cadangan Pembangunan

Jilid II   : Kawalan Perancangan dan Garis Panduan Pembangunan

Jilid III  : Pengurusan dan Pelaksanaan Projek
 

Program Publisiti dan Penyertaan Awam diadakan bermula pada 1 Oktober 2025 – 31 Oktober 2025 yang bertujuan untuk mendapatkan maklum balas daripada semua pihak berkepentingan terhadap cadangan-cadangan pembangunan di Daerah Lipis yang terkandung di dalam dokumen RT.
 

Semua pihak dijemput untuk membuat semakan ke atas kandungan dokumen ini dan mengemukakan maklum balas, cadangan dan bantahan bagi menambah baik dokumen ini sebelum 31 Oktober 2025.
 

Tuan/ Puan boleh memuat turun dokumen berkaitan untuk rujukan seterusnya :-

Bil.

Perkara

Dokumen

1.

Draf Laporan RTMDL Jilid I

Muat - Turun

2.

Draf Laporan RTMDL Jilid II

Muat - Turun

3.

Draf Laporan RTMDL Jilid III

Muat - Turun

4.

Ringkasan Eksekutif

Muat - Turun

5.

Feature Article

Muat - Turun

6.

Risalah Program

Muat - Turun

7.

Borang Maklumbalas

Muat - Turun



Kemaskini pada 2025-09-29 17:02:30 daripada Marlina binti Abu Bakar

  •  
  • Print
  • Email this page