Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

logo-jata
logo-jata

TAHNIAH KEPADA PLANMALAYSIA (BAHAGIAN PERANCANGAN WILAYAH) SEBAGAI PEMENANG ANUGERAH MERIT KONGRES PERANCANGAN DUNIA ISOCARP ke-58

Pelan Induk Bersepadu (ECRL) Laluan Rel Pantai Timur disediakan bersama oleh Bahagian Perancang Wilayah, PLANMalaysia dan pasukan perunding yang dilantik Planners M Consult Sdn. Bhd.

Anugerah ini adalah berdasarkan kecemerlangan projek berkaitan perancangan bandar dan wilayah yang dinilai dari segi perancangan dalam fasa reka bentuk, projek yang sedang dijalankan atau yang telah dilaksanakan dalam konteks pelan strategik, dasar dan program.

PeGTaECRL bersedia untuk membimbing perancangan pembangunan guna tanah di sepanjang laluan ECRL dan sekitar stesen yang telah dikenal pasti. Matlamat pelan induk ini adalah untuk mengoptimumkan potensi ECRL dalam menyokong pertumbuhan serantau dan mengukuhkan kawasan pertumbuhan negara. Pelan induk ini diharapkan dapat dijadikan panduan dalam memacu pembangunan lestari ke arah pembangunan yang seimbang antara Wilayah Pantai Timur dan Wilayah Pantai Barat negara di samping mengoptimumkan potensi ECRL yang melibatkan empat (4) Negeri, 18 Daerah dan 31 Pihak Berkuasa Tempatan. Pelan induk ini juga akan digunakan sebagai dokumen untuk membimbing perancangan dan pelaburan kepada bakal pelabur melalui kerjasama MIDA sepanjang penyediaannya.

   


 

Diterbitkan pada 3 Oktober, 2022 Diterbitkan Oleh Administrator