Pejabat Projek Zon Selatan (PPZS) bertanggungjawab dalam penyediaan Rancangan Struktur (RS), Rancangan Tempatan (RT), Rancangan Kawasan Khas (RKK) dan kajian-kajian lain khususnya yang melibatkan kawasan di dalam Negeri Sembilan, Melaka dan Johor. PPZS turut bertanggungjawab memberi khidmat perancangan dan menterjemah dasar-dasar dan garis panduan pembangunan negara kepada agensi negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan.
Peranan
Pejabat Projek Zon Selatan berperanan memberikan khidmat nasihat khususnya dalam membantu Pihak Berkuasa Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan di Negeri Sembilan, Melaka dan Johor untuk menterjemah dasar-dasar dan garis panduan pembangunan melalui kajian-kajian rancangan pembangunan. Antara fungsi Pejabat Projek Zon Selatan ialah:
Menyediakan rancangan-rancangan pemajuan (Rancangan Struktur, Rancangan Tempatan dan Rancangan Kawasan Khas) bagi Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Kerajaan Negeri selaras dengan peruntukan Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 [Akta 172] untuk digunakan sebagai asas bagi mengatur, mengawal dan menyelaras pemajuan, penggunaan dan pemuliharaan tanah;
Menterjemah dasar-dasar dan garis panduan negara di dalam perancangan negeri dan di kawasan PBT;
Memberi khidmat nasihat perancangan kepada agensi negeri dan PBT di setiap negeri berkenaan dalam aspek-aspek perancangan guna tanah melalui rancangan pemajuan dan forum-forum perancangan antara agensi.
Menyediakan Manual Rancangan Tempatan untuk dijadikan rujukan semasa penyediaan rancangan tempatan;
Menyediakan Laporan Pemantauan dan Penilaian Outcome ke atas RS/RT/RKK;
Membentuk dan mengemaskini sistem maklumat perancangan bagi zon berkenaan melalui penyediaan rancangan pemajuan.
Fungsi Unit
I. Unit Rancangan Pembangunan (URP 1 – 5):
Menyediakan rancangan struktur bagi Pihak Berkuasa Negeri untuk dijadikan panduan strategik mengenai pemajuan dan penggunaan tanah bagi memenuhi aspek-aspek seperti meningkatkan pembangunan secara sistematik dan langkah-langkah memperelok alam sekitar;
Menyediakan rancangan tempatan bagi kawasan Pihak Berkuasa Tempatan untuk dijadikan panduan mengenai pelaksanaan dasar dan cadangan yang terkandung di dalam rancangan struktur;
Menyediakan rancangan kawasan khas yang melibatkan cadangan pelan pembangunan dan tindakan perlaksanaan bagi isu-isu yang memerlukan kajian segera;
Merancang dan melaksanakan program peningkatan kualiti dan program penambahbaikan prosedur-prosedur rancangan pembangunan bagi mencapai output yang lebih berkualiti termasuk penyediaan manual-manual dan penilaian program; dan
Memberi khidmat nasihat/kepakaran dalam kajian-kajian pembangunan yang dijalankan oleh agensi-agensi lain yang melibatkan kawasan-kawasan dalam zon berkenaan.
II. Unit Pemantauan:-
Menyediakan laporan pemantauan dan penilaian outcome ke atas RS/RT/RKK yang telah diwartakan.
III. Unit Penyelarasan Maklumat Dan Perancangan: -
Membentuk dan mengemaskini sistem maklumat perancangan bagi zon berkenaan melalui penyediaan rancangan pemajuan.
IV. Unit Pentadbiran: -
Mengurus dan memproses urusan surat menyurat dan memo;
Mengurus dan merekodkan surat dan memo masuk ke dalam buku daftar surat-menyurat untuk rekod pejabat; dan
Mengurus dan mengemaskini sistem fail dan rekod dari masa ke masa untuk kegunaan pegawai dan kakitangan pejabat.
Kemaskini pada 2022-12-27 22:05:11 daripada Administrator