Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

logo-jata
logo-jata

Soalan Lazim_Rancangan Fizikal Negara

     
 

Apakah Rancangan Fizikal Negara (RFN)?

Rancangan Fizikal Negara (RFN) merupakan satu dokumen perancangan spatial tertinggi negara yang merumuskan dasar-dasar strategik bagi menentukan hala tuju perancangan dan pembangunan fizikal negara. Penyediaan RFN ini diperuntukkan di bawah seksyen 6B Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172).

Apakah kepentingan RFN?

RFN mula disediakan pada tahun 2005 selaras dengan Akta 172 (Pindaan) 2001 (Akta A1129) sebagai usaha untuk mewujudkan peranan Kerajaan Persekutuan dalam hal ehwal perancangan dan pembangunan negara. RFN dikaji semula setiap lima tahun selaras dengan Rancangan Pembangunan Lima Tahun Negara atau jika diarahkan oleh Majlis Perancang Fizikal Negara (MPFN) sepertimana yang diperuntukan di bawah subseksyen 6B (4), Akta 172.

RFN menyediakan dokumen yang menjadi rujukan utama bagi perancangan dan pembangunan fizikal oleh Kementerian/Jabatan/agensi di peringkat persekutuan, negeri dan tempatan bagi tujuan penyelarasan perancangan pembangunan dalam melaksanakan perancangan yang mampan, komprehensif, dinamik, berdaya tahan dan berdaya saing

Apakah sasaran utama pembangunan yang telah ditetapkan dalam RFN yang menjadi hala tuju bagi pembangunan negara ke arah makmur, berdaya tahan dan sejahtera?

Dalam mewujudkan keseimbangan pembangunan yang optimum dalam segenap aspek perancangan, sasaran utama pembangunan dirangka untuk dijadikan panduan oleh agensi pelaksana di peringkat pelaksanaan strategi khususnya di peringkat Kementerian, negeri dan tempatan. Sasaran utama pembangunan sehingga tahun 2040 adalah seperti berikut:

  1. Unjuran penduduk Semenanjung Malaysia dan W.P Labuan seramai 32.6 juta orang;
  2. Kadar perbandaran tidak melebihi 85 peratus;
  3. Keperluan optimum tanah tepu bina sebanyak 1,510,197 hektar;
  4. Mencapai 101 bandar mampan bagi mengukur tahap kemampanan bandar;
  5. Keluasan litupan hutan Semenanjung Malaysia ke arah 50 peratus;
  6. Meningkatkan tahap kedudukan negara (pengurusan risiko bencana negara diperingkat global pada kedudukan 125); dan
  7. Pembangunan teknologi baharu bagi liputan jalur lebar di seluruh negara (wireless dan fixed broadband).
 
     
     

Kemaskini pada 2024-08-29 14:42:11 daripada Mohd Irwan bin Omar

  •  
  • Print
  • Email this page