Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

logo-jata
logo-jata

Pelan Strategik Jabatan

Pelan Strategik PLANMalaysia merupakan satu dokumen penting yang menentukan strategi, hala tuju dan pengurusan sumber Jabatan secara komprehensif dan inklusif dan seterusnya menjadi teras dan rujukan utama warga PLANMalaysia dalam melaksanankan semua perancangan program yang dirancang.

Pelan Strategik PLANMalaysia 2021-2025 (Pindaan 2023) merupakan semakan semula bagi memastikan ia terus kekal relevan dan selari dengan hala tuju dan strategi baharu Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT). Ia dilaksanakan bagi menyahut Agenda Malaysia MADANI yang berteraskan enam (6) tonggak iaitu Kemampanan, Kesejahteraan, Daya Cipta, Hormat, Keyakinan dan Ihsan (MADANI). Daripada enam (6) tonggak tersebut, dua (2) tonggak pertama sangat berkait rapat dengan perancangan bandar iaitu bidang Kemampanan dan Kesejahteraan. Dokumen ini disemak semula agar aspek Kemampanan dan Kesejahteraan dalam merancang projek, kajian atau aktiviti jabatan pada masa akan datang lebih berfokus dan strategik.

Selain daripada itu, Pelan Strategik ini turut mengambil kira tujuh (7) Bidang Fokus Baharu KPKT untuk terus berdaya saing bagi menyampaikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat.  Bidang Fokus 6 iaitu Memperkukuh Agenda Bandar Mampan dan Pintar ke arah Perbandaran Baharu  yang merupakan komitmen PLANMalaysia telah diterapkan dalam Pelan Strategik ini.

Pelan Strategik PLANMalaysia 2021-2025 (Pindaan 2023) ini masih mengekalkan arah tuju PLANMalaysia yang jelas untuk merealisasikan visinya iaitu ‘Peneraju Perancangan Bandar dan Desa ke Arah Kesejahteraan Rakyat dan Kemakmuran Negara Menjelang 2030’. PLANMalaysia sentiasa berusaha untuk memberikan perkhidmatan yang lebih komprehensif, inovatif dan inklusif bagi memenuhi aspirasi semua pemegang taruh dan pelanggan yang sentiasa mahukan pembaharuan. Peranan dan tanggungjawab Jabatan telah diterjemah ke dalam satu bentuk perancangan yang strategik, berdaya laksana dan mampu memenuhi keperluan golongan sasaran yang ditetapkan melalui perancangan pelan strategik ini.

Pelan Strategik PLANMalaysia  2021-2025 (Pindaan 2023) masih mengekalkan lima (5) Teras Strategik yang telah digariskan iaitu:

Untuk makluman lebih lanjut, klik Disini Pelan Strategik PLANMalaysia 2021 - 2025

                                                               Laporan Cadangan KPI dan PTPSJ 2024

                                                               Laporan Pencapaian KPI dan PTPSJ 2023


Kemaskini pada 2024-08-29 15:51:02 daripada Siti Mazlina Binti Jusoh

  •  
  • Print
  • Email this page