Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) melalui Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (PLANMalaysia) telah mengambil inisiatif untuk menjalankan kajian garis panduan perancangan kilang tanaman (plant factory) secara `in-house' dengan kerjasama Jabatan Pertanian, MARDI, IPTA, Pengusaha, Jabatan Kerajaan Tempatan, pihak berkuasa tempatan dan semua pihak terlibat secara langsung ataupun tidak langsung. Kaedah Pembangunan Kilang Tanaman (Plant Factory) merupakan kaedah penanaman tanaman makanan masa hadapan bagi menyokong keterjaminan makanan penduduk negara. Penyediaan Garis Panduan Perancangan Kilang Tanaman adalah sebagai instrumen yang memudah cara dan menyokong ekosistem industri tanaman makanan, membantu pengusaha dan menyeragamkan proses permohonan serta kawalan perancangan di peringkat pihak berkuasa tempatan.