Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

logo-jata
logo-jata

MESYUARAT MAJLIS PERANCANG FIZIKAL NEGARA KE-43 (BIL.3/2023)

PUTRAJAYA, 11 Disember 2023 - Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, telah mempengerusikan Mesyuarat Majlis Perancang Fizikal Negara (MPFN) Ke-43 (Bil. 3/2023) di Dewan Persidangan, Aras 1, Blok Timur, Bangunan Perdana Putra, Jabatan Perdana Menteri. Mesyuarat turut dihadiri oleh YAB Timbalan Perdana Menteri, YB Menteri Ekonomi, semua Menteri Besar dan Ketua Menteri atau wakilnya bagi negeri-negeri di Semenanjung Malaysia. MPFN Ke-43 memberi penekanan kepada usaha untuk menarik pelabur yang perlu dipergiat terutama melalui penawaran iklim pelaburan yang lebih komprehensif dan kompetitif. Mesyuarat kali ini juga turut menekankan tentang keperluan untuk melihat kepada pembangunan ekosistem lengkap yang bersesuaian dalam membangunkan Pusat Data (Data Centre) bagi memastikan cadangan pembangunan Pusat Data tersebut mempunyai nilai tambah (added value) dan lebih berdaya saing. 

Siaran Media - /planmalaysia/resources/SENARIO SEMASA/MPFN/Siaran_Media_MPFN_Ke-43.pdf 

Diterbitkan pada 25 November, 2022 Diterbitkan Oleh Administrator