Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

logo-jata
logo-jata

Garis Panduan Perancangan Kilang Tanaman ‘PLANT FACTORY’ (GPP KiTa)

GPP Kilang Tanaman (GPP KiTA) ini merupakan salah satu ikhtiar dan usaha KPKT di bawah aspek tatakelola untuk menyeragam serta memudah cara proses permohonan dan kelulusan perancangan bagi menyokong `ease of doing business’ sama ada di pihak pengusaha, atau pihak berkuasa untuk melengkapi keseluruhan ekosistem industri tanaman makanan negara. GPP ini telah disediakan oleh PLANMalaysia dengan kerjasama Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), Jabatan Pertanian, Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT), Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), institusi pengajian tinggi, pengusaha dan agensi berkaitan.

Penyediaan GPP KiTa selaras dengan keperluan dalam Kajian Perancangan Guna Tanah Kawasan Sumber Makanan Negara (KaGuMN) di bawah Inisiatif Amalan Pertanian yang Baik, Inovatif dan Produktif (AP) 4.1 iaitu keperluan meningkatkan kilang tanaman (plant factory) bagi menyokong pertanian bandar dan Dasar Agromakanan Negara 2021-2030 (DAN 2.0).

GPP KiTa meliputi panduan bagi tiga (3) aspek kawalan iaitu pengoperasian, perancangan tapak dan prosedur permohonan dan kelulusan perancangan. Secara asasnya, cadangan pemajuan kilang tanaman dalam GPP KiTa ini melibatkan tiga kategori, iaitu:

Kategori 1: Cadangan pemajuan kilang tanaman di kawasan baharu (bangunan kekal dan separa kekal);

Kategori 2: Cadangan pemajuan kilang tanaman di kawasan brownfield; dan

Kategori 3: Cadangan pemajuan kilang tanaman di premis sedia ada.

GPP KiTA telah dilancarkan pada 12 September 2024 oleh YB Tuan Nga Kor Ming, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan di Laman Sayur MARDI bersempena MAHA 2024, Serdang, Selangor.

Penyediaan GPP ini diharap dapat membantu menjadi pemudah cara kepada pemain-pemain industri terutamanya dalam proses kelulusan kilang tanaman bagi memastikan penyediaan kilang tanaman yang tersusun dan terancang dapat dilaksanakan dan secara tidak langsung membantu pertumbuhan ekosistem industri tanaman keterjaminan makanan negara.

Garis Panduan kini boleh diakses seperti pautan berikut - KLIK DI SINI

Diterbitkan pada 17 September, 2024 Diterbitkan Oleh Mohd Irwan bin Omar