Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

logo-jata
logo-jata

MESYUARAT MAJLIS PERANCANG FIZIKAL NEGARA KE-46 (BIL.3/2024)

MESYUARAT MAJLIS PERANCANG FIZIKAL NEGARA KE-46 BIL3/2024

KUALA LUMPUR, 23 Oktober 2024 – Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) melalui PLANMalaysia telah mengadakan Mesyuarat MPFN Ke-46 yang dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri di Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur. Mesyuarat ini turut dihadiri oleh YAB Timbalan Perdana Menteri II, beberapa Menteri Persekutuan, Menteri-Menteri Besar dan Ketua-Ketua Menteri serta Wakil.

MPFN Ke-46 telah mempertimbangkan sebanyak tujuh (7) kertas kerja melibatkan satu (1) kertas kelulusan, empat (4) kertas persetujuan dan dua (2) kertas makluman. Majlis telah bersetuju dengan cadangan Keperluan Perancangan Spatial Marin (MSP) bagi memacu pelaksanaan Ekonomi Biru dan Tadbir Urus Kelautan Negara. Penyediaan MSP yang melibatkan pengezonan aktiviti, fungsi kawasan marin dan pemeliharaan ekosistem serta aset marin negara akan menambah baik tadbir urus kawasan marin secara lebih efektif.

MPFN Ke-46 juga telah bersetuju agar penyediaan kemudahan Orang Kurang Upaya (OKU) dalam reka bentuk bangunan diperkasakan melalui pemakaian MS1184:2014 – Malaysian Standard on Universal Design and Accessibility in the Built Environment: Code of Practice (Second Revision) dan dasar-dasar lain yang berkaitan keperluan penyediaan kemudahan OKU dalam kelulusan Pelan Pembangunan di peringkat Pihak Berkuasa Tempatan.

MPFN Ke-46 turut menggesa agar usaha pewartaan tanah lapang awam disegerakan oleh Pihak Berkuasa Negeri (PBN) dan semua agensi yang terlibat bagi menjamin kesejahteraan rakyat.

PLANMalaysia mengucapkan ribuan terima kasih atas kesudian dan kehadiran YAB Perdana Menteri, YAB Timbalan Perdana Menteri dan semua ahli mesyuarat MPFN yang dapat hadir.

Diterbitkan pada 1 November, 2024 Diterbitkan Oleh Mohd Irwan bin Omar