AKTA PERANCANG BANDAR 1995 [AKTA 538]
Akta Perancang Bandar 1995 [Akta 538] digubal untuk membuat peruntukan bagi pendaftaran Perancang Bandar dan bagi maksud yang berkaitan dengannya. Dengan kata lain, Akta 538 ini digubal bagi mengiktiraf dan mengawal selia profesion Perancang Bandar.
Ia mula berkuat kuasa pada 1 Januari 1996. Akta 538 terbahagi kepada 8 Bahagian yang mengandungi 52 seksyen dan 1 Jadual. Akta 538 ini mengandungi peruntukan perincian seperti berikut:
Bahagian I Permulaan (Tajuk Ringkas, Mula Berkuat Kuasa dan Tafsiran)
Bahagian II Lembaga Perancang Bandar
Bahagian III Pendaftaran Perancang Bandar
Bahagian IV Amalan Perancangan Bandar Oleh Pertubuhan Perbadanan
Bahagian V Celaan, Penggantungan, Pembatalan, Penyingkiran dan Kemasukan Semula
Bahagian VI Rayuan
Bahagian VII Kesalahan-kesalahan
Bahagian VIII Am
Kemaskini pada 2023-03-24 12:34:03 daripada Administrator