PengenalanBahagian IIA, Seksyen 6A Akta Perancangan Bandar Dan Desa, 1976 (Akta 172) memperuntukkan penubuhan Jawatankuasa Perancang Wilayah (JPW) bagi sesuatu wilayah yang terdiri daripada satu kawasan yang terletak di dalam dua Negeri atau lebih. Antara tugas dan fungsi utama Jawatankuasa Perancang Wilayah adalah untuk menyediakan Rancangan Wilayah secara komprehensif bagi memandu dan menyelaras pemajuan sesuatu wilayah seperti yang dinyatakan dalam Perenggan 6A(5)(b) Akta 172. Definisi WilayahWilayah bermaksud sesuatu kawasan yang menjangkau dua atau lebih kawasan pentadbiran. Menurut Akta Perancangan Bandar dan Desa, Akta 172, wilayah terdiri dari dua negeri atau lebih. Wilayah yang digariskan dalam RMK 9 merupakan Koridor Wilayah Ekonomi Negara yang meliputi kawasan yang lebih luas merangkumi beberapa negeri. Ianya terdiri daripada Wilayah Ekonomi Koridor Utara, Wilayah Tengah, Wilayah Ekonomi Pantai Timur dan Wilayah Selatan. Perancangan wilayah di peringkat conurbation (city region) pula tertumpu kepada conurbation utama negara seperti yang diperuntukkan dalam Rancangan Fizikal Negara (RFN) iaitu Kuala Lumpur Conurbation, Georgetown Conurbation, Kuantan Conurbation dan Johor Bahru Conurbation. Rancangan Wilayah
Jawatankuasa Perancang Wilayah
|
||||||||||||||
Klik Di Sini untuk maklumat lebih lanjut mengenai Rancangan Wilayah |
Kemaskini pada 2022-12-21 21:59:06 daripada Administrator