PengenalanProgram Bandar Selamat mula diperkenalkan pada tahun 2004 dengan memperkenalkan tiga (3) dan 23 langkah pelaksanaan oleh Pihak Berkuasa Tempatan. Pada tahun 2010, program ini menjadi salah satu inisiatif menerusi Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Mengurangkan Jenayah di bawah Program Transformasi Kerajaan (GTP). Dalam Rancangan Malaysia Ke 11 (RMK11), Program Bandar Selamat diberikan keutamaan untuk dilaksanakan seperti yang terkandung dalam Bidang Fokus C: Bab 4 Meningkatkan Kesejahteraan Rakyat : Mewujudkan Persekitaran Hidup Lebih Selamat Untuk Masyarakat Yang Berdaya Maju dan Sejahtera. Tiga (3) strategi utama dan 15 langkah Bandar Selamat telah diperkenalkan semula. Inisiatif Pemutihan Kawasan Blackspot di bawah Program Bandar Selamat diperkenalkan dengan fokus utama untuk mengurangkan kadar jenayah dan untuk meningkakan persepsi rasa selamat di kalangan orang awam. Blackspot merupakan kawasan yang menimbulkan perasaan tidak selamat dari segi jenayah (fear of crime) dan mempunyai rekod jenayah yang tinggi. Inisiatif ini mula dilaksanakan pada tahun 2013. Kawasan blackspot ditentukan oleh PBT dengan mendapat persetujuan PDRM yang mana telah dibentangkan dan diperakui dalam Mesyuarat Majlis Penuh PBT. Tiga (3) skop utama pelaksanaan program pemutihan kawasan blackspot:
Pelaksanaan projek fizikal meliputi Langkah-langkah Bandar Selamat iaitu: Peruntukan untuk pelaksanaan projek ini disalurkan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) selaku peneraju NKRA Mengurangkan Jenayah.
ii.Program Sosial Program-program berbentuk sosial dan kemasyarakatan yang akan dilaksanakan oleh agensi-agensi berkaitan
iii. Operasi Keselamatan
Peruntukan Pelaksanaan Program Bandar Selamat : Inisiatif Pemutihan Kawasan Blackspot Tahun 2013-2018
Crime Prevention Through Environmental Design (CPTED)Pengenalan Disediakan untuk menyokong Strategi 1: Mereka bentuk persekitaran fizikal dan langkah 2: Pelaksanaan Reka bentuk persekitaran fizikal yang selamat (CPTED). Konsep dan prinsip CPTED perlu diterapkan pada peringkat awal reka bentuk pelan susun atur dan pelan bangunan bagi semua kawasan pembangunan baru. Konsep CPTED juga boleh diguna pakai bagi pembangunan sedia ada yang kurang selamat dan terdedah kepada jenayah. Konsep CPTED CPTED berdasarkan kepada idea bahawa “reka bentuk persekitaran fizikal terperinci secara efektif boleh mempengaruhi perlakuan manusia dari melakukan kesalahan serta mengurangkan perasaan takut berlakunya jenayah dan insiden jenayah disamping meningkatkan kualiti persekitaran dan kehidupan.” Prinsip CPTED
Strategi CPTED
|
||||||||||||||||||||||||||
Klik Di Sini untuk melihat maklumat mengenai Panduan Pelaksanaan Program Bandar Selamat |
Kemaskini pada 2022-12-18 23:06:32 daripada Administrator