|
|
|
|
Bagi memastikan perancangan kegunaan, pembangunan dan pemeliharaan tanah yang sempurna, PLANMalaysia memainkan peranan melalui fungsi-fungsinya di tiga (3) peringkat kerajaan iaitu persekutuan, negeri dan tempatan seperti berikut:
Peringkat Persekutuan |
|
- Memberi nasihat kepada Kerajaan Persekutuan dalam semua hal perancangan bandar dan desa;
- Bertindak sebagai urus setia kepada Majlis Perancang Fizikal Negara (MPFN) yang ditubuhkan di bawah Akta Perancangan Bandar Dan Desa 1976 (Akta 172);
- Menggalakkan sistem perancangan yang komprehensif, efektif dan efisyen melalui undang-undang, prosedur perancangan serta kajian penyelidikan dan pembangunan;
- Menterjemahkan dasar-dasar sosial, ekonomi dan alam sekitar negara ke dalam dimensi spatial;
- Memudahcara dan memantau penyediaan dan pelaksanaan rancangan pembangunan di semua peringkat pelaksanaan;
- Mengendalikan, membantu dan menggalakkan pengumpulan, pengemaskinian dan penerbitan statistik, buletin, monograf dan penerbitan lain yang berkaitan perancangan bandar dan desa serta kaedahnya; dan
- Menyelia dan menyelaras pangkalan data guna tanah negara.
|
Peringkat Negeri |
|
- Memberi nasihat kepada Kerajaan Negeri dalam semua hal-ehwal perancangan bandar dan desa dalam menyelaras pelaksanaan Akta 172 di peringkat Negeri;
- Bertindak sebagai urus setia kepada Jawatankuasa Perancang Negeri (JPN) yang ditubuhkan di bawah Akta 172;
- Memudahcara dan memantau pembangunan dalam Negeri melalui pelaksanaan dan kawal selia rancangan-rancangan pembangunan;
- Membantu dalam perancangan projek-projek khas yang dikendalikan Kerajaan Negeri;
- Menjalankan kajian penyelidikan dan pembangunan mengenai perancangan bandar dan desa;
- Mengendalikan, membantu dan menggalakkan pengumpulan, pengemaskinian dan penerbitan statistik, buletin, monograf dan penerbitan lain yang berkaitan dengan perancangan bandar dan desa serta kaedahnya; dan
- Menyedia dan menyelaras pangkalan data guna tanah Negeri.
|
Peringkat Tempatan |
|
- Merancang, menyelaras dan mengawal penggunaan dan pemajuan tanah dan bangunan dalam kawasan pihak berkuasa perancang tempatan (PBPT);
- Memudahcara dan memantau pembangunan dalam kawasan PBPT melalui pelaksanaan dan kawal selia rancangan-rancangan pembangunan;
- Mengendalikan, membantu dan menggalakkan pengumpulan, pengemaskinian dan penerbitan statistik, buletin, monograf dan penerbitan lain yang berkaitan dengan perancangan bandar dan desa serta kaedahnya; dan
- Melaksanakan tugas-tugas lain yang dipertanggungjawabkan oleh Pihak Berkuasa Negeri (PBN) atau Jawatankuasa Perancang Negeri (JPN) dari semasa ke semasa.
|
|
|
|
|
|
Kemaskini pada 2023-01-05 13:59:36 daripada Administrator