Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

logo-jata
logo-jata

Soalan Lazim_Dasar Perancangan Fizikal Desa Negara (DPFDN)

Bagaimana DPF Desa 2030 membantu mengurangkan jurang ekonomi antara wilayah di negara ini?

DPF Desa Negara 2030 yang mula digunakan pada tahun 2017, telah menggariskan 5 teras berikut untuk memandu pembangunan fizikal desa: 

Teras 1: Pengurusan Mampan Alam Sekitar Desa;

Teras 2: Pengukuhan Hubungan Bandar-Desa (Urban-Rural);

Teras 3: Pengukuhan Daya Huni Desa;

Teras 4: Memperkasa Ekonomi Desa; dan

Teras 5: Pengurusan Desa Berdaya Laksana.

Teras pembangunan ini bertujuan memastikan pembangunan masyarakat luar bandar pada masa akan datang, dapat dicapai melalui penyediaan kemudahan infrastruktur yang berkualiti (elektrik, api, air, telekomunikasi), kemudahan masyarakat yang mencukupi (kemudahan beribadat, pendidikan, kesihatan), kemudahan ekonomi yang berdaya saing (bangunan arked, peruncitan, one-stop centre), kemudahan pengangkutan yang mesra (bas henti-henti, keretapi shuttle, paratransit).

DPF Desa 2030 juga dirangka untuk memperkukuh pembangunan kawasan desa melalui strategi-strategi yang memastikan kesaksamaan ekonomi di seluruh negara. Dengan fokus pada pembangunan bersepadu yang melibatkan peningkatan infrastruktur, peluang pekerjaan, dan akses kepada perkhidmatan asas, DPF Desa 2030 bertujuan untuk mengurangkan jurang ekonomi antara wilayah bandar dan luar bandar. Melalui pendekatan ini, pembangunan yang lebih seimbang dapat dicapai, membolehkan setiap wilayah menyumbang secara efektif kepada ekonomi negara.

Kepentingan dimensi spatial dalam perancangan dan pengurusan kawasan desa.

Dimensi spatial adalah penting dalam perancangan dan pengurusan kawasan desa kerana ia memastikan sumber-sumber dan ruang digunakan secara optima dan lestari. Melalui perancangan spatial, kawasan desa dapat diurus dengan lebih teratur, memastikan keserasian antara pembangunan dan pemeliharaan alam sekitar. Ini juga membantu dalam mengenal pasti kawasan-kawasan strategik untuk pembangunan, seperti pertanian, perumahan, dan kemudahan awam, sekaligus menggalakkan pembangunan yang menyeluruh dan mampan.

Bagaimana S-CHARMs membantu dalam penyediaan kemudahan awam di kawasan desa?

S-CHARMs merupakan sistem analisis spatial kampung dan kemudahan awam kampung secara pemetaan interaktif .

Pangkalan data S-CHARMs telah diintegrasikan dengan Sistem Profil Kampung Peringkat Nasional (SPKPN) dan Sistem Maklumat Guna Tanah Perancangan Bersepadu (I-Plan). 

S-CHARMs telah menggabungkan maklumat profil kampung dan maklumat guna tanah dari kedua sistem ini untuk dipaparkan secara interaktif dan digunakan untuk analisa keperluan kemudahan awam dan kemampanan kampung kerana:

  1. Mempunyai paparan taburan kemudahan awam dalam semapdan kampong; dan

Mempunyai analisis tahap kecukupan dan ketersampaian kemudahan awam kampung.


Kemaskini pada 2024-08-29 14:34:36 daripada Mohd Irwan bin Omar

  •  
  • Print
  • Email this page