Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

logo-jata
logo-jata

Soalan Lazim_MURNInets

Apa itu MURNInets?

Jaringan Penunjuk Pembangunan Mampan Bandar Luar Bandar Malaysia (Malaysian Urban-Rural National Indicators Network for Sustainable Development). 

Kepentingan MURNInets?

Merupakan satu-satunya sistem yang mengukur dan menilai tahap kemampanan sesebuah kawasan pihak berkuasa tempatan (PBT) melalui set penunjuk yang telah ditetapkan.

Apa objektif MURNInets?

Menentukan tahap kemampanan bandar, mengenal pasti kekuatan, kelemahan dan peluang penambahbaikan serta mengukur prestasi pengurusan bandar. 

Berapa penunjuk MURNInets?

Keseluruhannya terdapat 51 penunjuk kemampanan bandar yang terdiri daripada 39 penunjuk MURNInets dan 23 penunjuk Sustainable Development Goals (SDG). Penunjuk akan dikemaskini seiring dengan keperluan dasar-dasar negara.

Bagaimana MURNInets dilaksana?

Pelaksanaan MURNInets dilaksanakan pada setiap tahun di mana ia bermula pada bulan Januari hingga Oktober. Proses kerja terbahagi kepada 3 peringkat utama iaitu Pengumpulan dan Kemasukan Data, Verifikasi (semakan) dan Analisis Data dan Penghargaan.

Adakah MURNInets boleh diakses oleh semua pihak?

Tidak. Pengguna berdaftar sahaja yang dibenarkan untuk mengakses Gerbang MURNInets. Walau bagaimanapun, bagi orang awam masih boleh melihat info/maklumat kemampanan bandar pada landing page MURNInets dengan melayari https://murninetsv2.planmalaysia.gov.my/ 

Siapakah pengguna berdaftar yang dimaksudkan?

Terdapat tiga (3) kategori pengguna berdaftar iaitu: a) Pusat Operasi MURNInets Kebangsaan (POMK) b) Pusat Operasi MURNInets Negeri (POMN) c) Pusat Operasi MURNInets Pihak Berkuasa Tempatan (POMPBT)

Adakah pelaksanaan MURNInets memerlukan kerjasama/kolaborasi dengan lain-lain pihak?

Ya. MURNInets amat bergantung kepada data dan maklumat yang menyokong kepada pencapaian kemampanan bandar. Justeru, kerjasama dan kolaborasi dengan agensi pembekal data adalah penting agar hasil kemampanan yang dikeluarkan melalui MURNInets ini dapat membantu secara win-win kepada agensi pembekal data berkenaan untuk menambahbaik peranan agensi masing-masing


Kemaskini pada 2024-08-29 14:12:35 daripada Mohd Irwan bin Omar

  •  
  • Print
  • Email this page