Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

logo-jata
logo-jata

Soalan Lazim_Rancangan Pemajuan

     
 

Apakah Rancangan Kawasan Khas?

Pengenalan                      

Ia merupakan suatu pelan cadangan yang lebih terperinci berbanding dengan RT, yang lebih mirip kepada “action area plan”. RKK akan mengandungi cadangan-cadangan tindakan khusus untuk satu kawasan yang telah dikenalpasti oleh Pihak Berkuasa Negeri/Pihak Berkuasa Tempatan, bagi tujuan :

 

  • Pengolahan khas dan terperinci dengan cara pemajuan.
  • Pemajuan semula.
  • Pengelokan.
  • Pemuliharaan atau amalan pengurusan sebahagiannya dengan satu kaedah dan sebahagian lagi dengan kaedah yang lain bagi seluruh atau sebahagian kawasan khas itu.
  • Jenis pengolahan yang dicadangkan.

 

 Fungsi Rancangan Kawasan Khas            

                                    

  • Sebagai panduan terperinci dalam kawalan dan perancangan bagi kawasan yang telah dikhaskan.
  • Sebagai alat pembangunan yang teratur dan mengikut prosedur yang telah ditetapkan.
  • Status Kemajuan Rancangan Kawasan Khas – Terkini

Apakah Rancangan Struktur?

Pengenalan                        

Rancangan Struktur (RS) adalah merupakan suatu pernyataan bertulis yang menerangkan dasar dan cadangan-cadangan strategik negeri berkenaan dengan pemajuan dan penggunaan tanah dalam kawasan bandar dan desa, termasuklah langkah-langkah untuk:      

 

  • Memperelokkan lagi alam sekitar dari segi fizikal;
  • Memperelokkan lagi perhubungan dan untuk menguruskan lalulintas;
  • Pembaikan tahap sosio-ekonomi, penggalakkan pertumbuhan ekonomi;
  • Mempertingkatkan perancangan luar bandar dan rancangan desa; dan
  • Memudahkan pembangunan secara mampan.

 

RS juga hendaklah mengandungi gambarajah, gambaran-gambaran dan lakaran-lakaran yang sesuai untuk menjelaskan dasar-dasar atau cadangan-cadangan yang dikemukakan

                                 

Fungsi Rancangan Struktur                                                        

  • Menterjemahkan dasar Rancangan Fizikal Negara (RFN);
  • Menyediakan rangka pembangunan bagi Rancangan Tempatan (RT);
  • Menentukan gunatanah utama negeri; dan
  • Menentukan projek utama negeri.
  • Status Kemajuan Rancangan Struktur – Terkini

Apakah Rancangan Tempatan?

Pengenalan       

Rancangan Tempatan (RT) merupakan satu dokumen rasmi yang mentafsirkan dasar-dasar dan cadangan-cadangan umum yang terkandung di dalam Rancangan Struktur (RS) kepada bentuk fizikal yang lebih terperinci dan praktikal. RT disediakan bagi kawasan-kawasan yang dikenalpasti di dalam kawasan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Ia merupakan pelan terperinci yang menterjemahkan polisi-polisi dan cadangan-cadangan am yang terkandung dalam RS. RT menunjukkan secara bersekil besar tatatur pembangunan bagi sesuatu kawasan yang dilengkapi dengan pernyataan bertulis untuk menerangkan dasar-dasar dan butir-butir lanjut mengenai pembangunan tersebut.              

                                 

Fungsi Rancangan Tempatan     

  • Menterjemahkan dasar-dasar RS;
  • Sebagai panduan pembangunan fizikal bagi daerah dan PBPT berkaitan melalui peta cadangan gunatanah;
  • Menyediakan garispanduan bagi kawalan pembangunan ;
  • Mengenalpasti projek utama daerah; dan
  • Menyediakan garispanduan pelaksanaan
  • Status Kemajuan Rancangan Tempatan – Terkini
 
     
     

Kemaskini pada 2024-08-29 16:34:23 daripada Mohd Irwan bin Omar

  •  
  • Print
  • Email this page