Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

logo-jata
logo-jata

Rancangan Wilayah

     
 

Apakah Definisi Wilayah?

Wilayah bermaksud sesuatu kawasan yang menjangkau dua atau lebih kawasan pentadbiran. Menurut Akta Perancangan Bandar dan Desa, Akta 172, wilayah terdiri dari dua negeri atau lebih. Wilayah yang digariskan dalam RMK 9 merupakan Koridor Wilayah Ekonomi Negara yang meliputi kawasan yang lebih luas merangkumi beberapa negeri. Ianya terdiri daripada Wilayah Ekonomi Koridor Utara, Wilayah Tengah, Wilayah Ekonomi Pantai Timur dan Wilayah Selatan.  Perancangan wilayah di peringkat conurbation (city region) pula tertumpu kepada conurbation utama negara seperti yang diperuntukkan dalam Rancangan Fizikal Negara (RFN) iaitu Kuala Lumpur Conurbation, Georgetown Conurbation, Kuantan Conurbation dan Johor Bahru Conurbation. 

Apakah Rancangan Wilayah?

Rancangan Wilayah (RW) merupakan dokumen perancangan yang mengandungi strategi pembangunan spatial untuk mencapai pertumbuhan dan pengagihan seimbang serta untuk mencapai rangka kerja infrastruktur yang bersepadu dan cekap. RW juga dilihat sebagai satu pengurusan pertumbuhan kawasan-kawasan bandaraya atau conurbation (city region).

Merujuk seksyen 6A(5)(b) untuk membuat dasar dan merangka suatu rancangan wilayah yang komprehensif untuk memandu dan menyelaras pemajuan wilayah itu.

Apakah fungsi utama Jawatankuasa Perancang Wilayah?

Jawatankuasa Perancang Wilayah berfungsi untuk menasihati dan membantu Jawatnkuasa Perancang Negeri dan Pihak Berkuasa Negeri di dalam menyelaras pengurusan dan perancangan pembangunan bandar bagi wilayah tersebut mengikut dasar-dasar negara yang telah ditetapkan. Perancangan koridor wilayah ekonomi negara yang telah dikenal pasti oleh kerajaan adalah untuk memastikan pembangunana di antara wilayah dapat dipertingkatkan terutamanya bagi wilayah-wilayah yang ketinggalan akan mendapat manfaat kesan dari pembangunana Kawasan yang lain yang berapa dalam wilayah yang sama.

Apakah Jawatankuasa Perancang Wilayah (JPW) mengikut peruntukan Akta 172?

Bahagian IIA, Seksyen 6A Akta Perancangan Bandar Dan Desa, 1976 (Akta 172) memperuntukkan penubuhan Jawatankuasa Perancang Wilayah (JPW) bagi sesuatu wilayah yang terdiri daripada satu kawasan yang terletak di dalam dua Negeri atau lebih. Antara tugas dan fungsi utama Jawatankuasa Perancang Wilayah adalah untuk menyediakan Rancangan Wilayah secara komprehensif bagi memandu dan menyelaras pemajuan sesuatu wilayah seperti yang dinyatakan dalam Perenggan 6A(5)(b) Akta 172.

 
     
     

Kemaskini pada 2024-09-09 14:53:47 daripada Mohd Irwan bin Omar

  •  
  • Print
  • Email this page